JOM Melancong (Jakarta) part 1 | Part 2

Jakarta here i come ...

This is a family trip. Ramai yang join.. abang dan kakak ipar termasuk kanak-kanak seramai 10 orang dan dewasa 10 orang juga. Match point kami adalah di KLIA, so on Friday (30/11/12) kami bertolak dari Kuantan - KL - Puncak Jalil around 6pm.. tup tap tup tap hujan lebat dengan macetnya di area Pandan Indah (tensen kalau lalu jalan ni) bagai menemani perjalanan kami sampailah kerumah abg Ngah saya around 10pm. Malas nak cerita panjang kemudian esoknya.. on saturday pada jam 10am teksi yang telah memuatkan kami yang ramai nie pun sampai dan gedebak-gedebuk pack beg semua kami memulakan perjalanan kami ke KLIA.. slow gile Supir ni bawak .. haissh ~ sampai tertido-tido...

@KLIA, ngam-ngam je sampai terus ke kaunter Check in.. dup dap dup dap.. dh dapat tiket semua terus kami masuk dalam... jeng--jeng.. terus nak train (ye ke) ke balai berlepas.
 
 and terbanglah kami menaiki pesawat LION AIR (1st time naik company ni). 1st impression masuk ke pesawat...pergh... agak besar dr AA kemudian Pramugara nya sangatlah comel-comel..dah mcm artis pulak aku tengok... yang pramugarinya pulak biasalah for sure cantik bangat... peramah (biasalah tu, dalam pesawat mmg over peramah, cer kt luor..kekwat semacam!!)

Agak luaslah ruangnya sikit.. seronok ajer anak aku dgn sepupu sepapatnya naik flight.. siap depa semua ni menjerit bila time berlepas...mcm-mcm aksi keluar habis 1 flight ni riuh rendah anak orang lain rileks ajer... depa buat mcm naik roller coaster jadinya....

Setelah beberapa minit berlepas .. dalam hati dah x sabar nak holiday..yeay.. after a few months arrange dengan travel agency akhirnya dapatlah kami semua ke Jakarta, Indonesia.

meh la nak cerita sikit pasal Jakarta nih...

Jakarta adalah ibu negara dan bandar terbesar Indonesia. Disebabkan saiznya yang amat besar,
Jakarta mempunyai status yang sama dengan sebuah provinsi. Jakarta terletak di bahagian barat
laut pulau Jawa. Di dunia pula ia adalah bandaraya yang ke-11 terbesar yg mempunyai penduduk
seramai 9juta pada waktu malam dan 13juta pada waktu siang hari bekerja!!! Ini bermakna 4juta
orang dari luar Jakarta datang bekerja menjadikan ia bandaray yg terkenal dgn macet (jem).
DKI Jakarta memiliki status khusus sebagai "Daerah Khusus Ibukota". Kota ini dibahagikan kepada
5 Majlis Perbandaran (kotamadya) dan satu Pemerintahan Pemangku Raja (kabupaten) iaitu:

    * Jakarta Utara
    * Jakarta Pusat
    * Jakarta Barat
    * Jakarta Timur
    * Jakarta Selatan
    * Kabupaten Pentadbiran Kepulauan Seribu

Korang bayangkan penduduk Malaysia kita ada 26juta kot (anggaran kasar aje).. so di Jakarta sekarang sudah mencapat 28Juta..padat kan.. sebab itu Jakarta adalah pusat macet (jem).. keretanya boleh x bergerak langsung di waktu puncak.. berpeluh..pergh.. Akhirnya kami selamat tiba di Jakarta setelah urusan imigresen selesai (walaupun ada cerita yang kurang enak ttp kami redha so kami stuck di imigresen hampir 1jam lebih!!). Kemudian kami ke ruang menunggu dan bertemu dengan tour guide kami iaitu Pak Hendra. Seorang yang berpengalaman (katanyalah..) sudah 27tahun menjadi tour leader. sangat informatis, semua benda dia tahu (pasal Indonesia lah).. psl Malaysia pun byk yang dia tahu..Aku gelarkan dia "perpustakaan bergerak". (Maaf Pak)



Kami di bawa ke resetoran ini...TERBAIK!. masakan padangnya pergh.. memang kena dengan tekak aku nie.. kari ayam dia mmg taraf 5 BINTANG *****..hahah..melampau aku ~ dah banyak kedai masakan padang ni aku pergi tetapi yang ini memang POWER.. lokasinya tidak jauh daripada Bandara (Airport).






Lauk dia jangan cakp lah penuh 1 meja..rupa-rupanya kita boleh pilih mana yang nak sabor jerlah..xde pun yg bgtau..kekeke....ini dok pakai lambak depan mata... dahlah lapar..naik flight kol 1.00 tengahari dapat kuar dr Airport kol 4.00 petang... mau x lapar... belasah jerlah..lagipun pakej yang kami ambik ni termasuk makan dan minum so redha jerlah ea. Kat sana air yang biasa dihidang adalah teh kosong... xde gula...tawar je.. Teh botol Jasmine memang aku x boleh nak telan.. rasanya Subhana-Allah... pergh!

 Inilah Thamrin City Mall xpuas jalan dalam ni sebab Pak Hendra cuma bg masa 30minit sahaja... sebab kami mau ke Bandung selepas itu...so inilah alasan yang kukuh utk kami repeat semula ke jakarta... dok jalan-jalan pusing .. yang banyak adalah blouse, skirt, tudung.. harga memang menawan..murah bangat..belum bargain lagi tu.. so wajarlah utk repeat kan..
 Monumen Nasional atau yang popular disingkat dengan Monas atau Tugu Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Agustus 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk umum pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkota lidah api yang dilapisi lembaran emas(nampak yang my sis dapat sentuh tu..emas tulen yer ..) yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Monumen Nasional terletak tepat di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Monumen dan museum ini dibuka setiap hari mulai pukul 08.00 - 15.00 WIB.

 Bergaya sungguh anak aku..hahaha... aku tgh blur..mengantuk pun yer.. sebab kenyang..gambar ini dirakam oleh pak Hendra mmg berpengalaman lah sebab dia tahu mana spot yang terbaik untuk dirakam. *** aku bagi kat dia...
 Plaza Indonesia... xtau apa yg menarik sebab x masuk..lalu jer... kereta bersepah merata-rata.. motor, kereta, lori, van semuanya sama banyak..camana x macetnya..
Tengah-tengah kota... sangat cantik... ambil pun dalam bas..ini pun tempat yg akan kami ulang semula..dekat ajer dengan MONAS ni..rasanya kot... Kemudian bergeraklah kami ke Bandung, Kota Kembang.

Ini aku sertakan tempat-tempat yang menarik di jakarta (Sumber: Cari.com.my)

JAKARTA BARAT
Tambora
Cengkareng (Airport)
Kembangan

JAKARTA UTARA
Ancol
Kelapa Gading
Koja

JAKARTA PUSAT
Mangga Dua
Kemayoran
Tanah Abang
Menteng

JAKARTA SELATAN
Sudirman
Senayan
Tebet
Kuningan
Kemang

JAKARTA TIMUR
Jati Negara
Kramat Jati
Matraman

Khidmat sewa kenderaan lengkap dengan driver, petrol, tol & tiket parking.

Jakarta Based
Pak Erwan : +6281513914533
Pak Yos :+6281932245417

(kalau ikut pada feedback di Cari.com.my, ini adalah recommended driver la, xpernah guna lagi khidmat depa ni..)

Bandara Internasional Sukarno-Hatta CGK

TERMINAL  1

  • Terminal 1A : Lion Air, Wings Air.
  • Terminal 1B : Batavia Air, Sriwijaya Air, Kartika Airlines, Express Air.
  • Terminal 1C : Garuda Citilink, Airfast Indonesia.

TERMINAL 2
  • Terminal 2D : AirAsia, Air China, Batavia Air, Cathay Pacific, Cebu Pacific, China Airlines, China Southern Airlines, Emirates, Eva Air, Japan Airlines, Jetstar, Kuwait Airlines, Lufthansa, Malaysia Airlines, Philippine Airlines, Qantas, Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines, Singapore Airlines, Thai Airways International, Valuair, Viva Macau, Yemenia.
  • Terminal 2E : Garuda Indonesia, Etihad, Gulf Air, KLM Royal Dutch Airlines, Korean Air, Lion Air, Royal Brunei.
  • Terminal 2F : Garuda Indonesia, Merpati Nusantara Airlines.

TERMINAL 3
Indonesia Air Asia, Mandala Airline

 Airport Transfer : To other Terminal, free yellow shuttle busses are available at departure hall
 Airport Taxes : International ~ Rp. 150 000 / Domestic ~ Rp. 40 000
Shower facilities are available at Terminal D, Arrival Level, 1st Floor.
 
Airport Website : http://www.jakartaairportonline.com/


 
 Kalau korang hanya mahu berjalan disekitar bandar Jakarta ni ambil teksi BLUE BIRD (Gambar diatas) saja, dipercayai kerana ia menggunakan meter.


:. Part TWO:.

 on 22 February 2013 kami bertiga, Sha, my twin ina dan kak za telah ke Jakarta sekali lagi, tujuan kami kesana untuk mencari peralatan fotografi, barang2 untuk butik perkahwinan kak za dan jalan-jalan.. btw, x banyak ambil gambar sebab entah la...hihiih...

Kami dibawa sekitar kota pada hari terakhir di Kota yang tentunya sangat macet, Pak Cahyadi sangat-sangatlah pro bab mencari jalan singkat nih..gerun sey...


Tempat pertama dibawa adalah dataran Monas @ Monumen Nasional. Kubah diatas tudibuat daripada emas asli.













Kemudian kami di bawa di Masjid istiqlal dan
Gereja ini berada di hadapan masjid Istiqlal..tujuannya adalah supaya tiada konfrontasi antara kristian dan islam. untuk memupuk persefahaman (kata pak supir).










 ini adalah masjid yang terbesar di Asia, rugi x masuk untuk melihat keindahan masjid nie...seni rekanya sangat menarik.








 Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).
Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar dan disokong 12 tiang utama. Diameter kubahnya berukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman.
Seni bina masjid ini menyerupai gaya Arab dengan tangga di penjuru setiap tingkat. Lantai untuk muazin berada pada ketinggian 66.6 meter dengan halaman yang luas dan dilengkapi air pancutan di tengah kolam.
Keseluruhan bangunan masjid berada di kawasan strategik di Taman Wilhelmina yang dihubungkan dengan Sungai Ciliwung yang membelah kota Jakarta.

Pendek kata Sha mmg suka ke jakarta, walaupun ada yang kurang enak untuk diceritakan namun their culture sangat menarik untuk di foto kan cuma Sha kena ambil cuti yang lama untuk menjelajah kota-kota besar di sana.