Photography -ROT (Rules of Third)



Apakah itu “Rules of Third”?

Ramai yang gemar mengambil gambar tapi tak ramai yang masih bertanya apakah teknik-teknik fotografi yang dapat menghasilkan satu potret yang menarik serta memikat mata serta hati yang memandang. Pada hari ini, kita akan berbicara mengenai salah satu teknik fotografi yang sering tidak diambil berat iaitu “Rules of Third”

Lazimnya, “Rules of Third” (ROT) merupakan salah satu keadaan dimana sesebuah komposisi, pergerakan seni didalam sesebuah gambar serta “stems” daripada theori mata manusia beralih kepada persimpangan titik tanda apabila sesebuah imej dibahagikan kepada 3. Ianya bertujuan untuk menberikan sebuah imej yang sekata dan cantik.

Didalam ROT, sesebuah gambar akan dibahagikan kepada 3 dengan 2 jalur imaginasi secara mengufuk (keatas) dan 2 garisan melintang dimana akan menjadikan gambar tersebut terbahagi kepada 3 kolum, 3 baris dan 9 bahagian. Element komposisi penting dan garisan ditempatkan pada atau berdekatan dengan jalur imaginasi dan dimana garisan itu bersatu.

ROT sangat penting bagi mendapatkan gambar yang sekata tak kira samada untuk gambar potret ataupun lanskap.

Garisan-garisan itu dapat kelihatan pada skrin kamera anda dengan setting yang ada di sesetengah jenis kamera.
Sumber: Canon Malaysia

Nanti Sha akan bg contoh2 gambar xoxo

No comments: